? ??????????????Black? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (749 Ratings)??39 Grabs Today. 101568 Total Grabs. ????
??Get the Code?? ?? ?????Star Blast? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (134 Ratings)??39 Grabs Today. 14461 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions: BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, May 23, 2009

>BARANG BAIK....PELUANG UNTUK DAPAT GANJARAN HEBAT...<

"kalau dalam peperangan itu ada seribu orang, aku lah orangnya..kalau dalam peperangan itu ada seratus orang,aku lah orangnya...kalau dalam peperangan itu ada sepuluh orang, aku lah orangnya..dan kalau dalam peperangan itu ada seorang, aku lah orang itu.."...kata2 ini hanya sekadar renungan sahabat sebab smalam baru dgr dr seorg ustaz..takut lupe where tulis la dlm ni..sambil mengingatk' diri where sendiri dapt mengingatk' shabat2 gak...kata2 ini menunjukan kita dalm kerja mempromosik' islam ini kita harus bermula dgn diri kita sendiri dulu...jagn m'harapk' org lain utk memulakanya...sbb kiter ade produk yg bagus lagi hebat yakni islam..jadi kta harus yakin utk mempromosikanya pd org lain...org yg menerimanyer pasti yg tidak akn kecewa utk mengamalkanya seumur hidupnya...jadi sahabat2 marilah sama2 kita mempromosikan islam di mana sahaja kita berada ...sbb kita tidak perluk' modal utk produk yg sehebat islam ini..hanye dengan kalimah syahadah anda sudah dapat menjalankan kerja2 promosi anda...ganjaranye pula amat2 besar sehinngga tidak ada mata wang diatas muka bumi ini utk menyamai nilai ganjaran tersebut...ganjaran ini terus dimasukan dalam akaun pahala anda oleh Allah S.W.T...syarat2nyer sangatlah lah mudah...sepertimana yg where cakap td hanya dengn kalimah syahadah , yakin dgn kewujudan & kekuasaan Allah, dan ikhlas dlam mempromosikan islam ini....marilah sama2 sahabat sekalian kita jalankan promosi ini...kepada yg belum bermula...mulakanlah...kepada yg dah bermula...teruskanlah...moga sama2 kita mendapt ganjaran pahala yg besar dari Allah..dan seterusnya dapat menghuni syurga Allah di akhirat nantii....IsnyaAllah...=)

Tuesday, May 19, 2009

baru balik dari Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2009











Ahamdulillah....da sampai uia da...penat gak g program ni...tp bnyk la input yg dapt...terutamanya dapt ta'aruf dgn kawn2 mpp dr universiti lain...diorg sumer baik sgt...mmg sumernye bakal2 pemimpin di masa hadapan InsyaAllah...konvensyen ni mmg banyak membuka minda where..sbb bl berhadapan dgn pemimpin2 pelajar dari pelbagai univeristi diorg banyak sgt idea2 baru utk dicurahkan kpd masyarakat kita...ape yg lebih where rs bermaknanye konvensyen ni bl ramai sgt pemimpin2 pelajar yg membangkitk' tntg isu kemaslahatan umat islam di negara kita...ape yg where dpt simpulk' dr situasi ini adalah betapa besarnye kesedaran mahasiswa sekarang ini tntg kepentingan islam dalm kehidupan kita seharian tidak kiralah dari sudut mana pun samada politik, ekonomi, sosial, akademik dan sebagainyer...dalam mase yg same gak dpt lah where lihat di mana ade sesetengah pemimpin pelajar yg masih belum ade kesedaran tersebut dlm diri mereke..tapi x pe ...where yakin dgn adenye kelompok yg besar sedar tntg kehebatan islam ni pasti ak' sedikit sebanyak mempengaruhi akal & fikiran mereka...sama2lah kite doak'....InsyaAllah satu hari nanti Allah ak' bukak satu jalan yg besar utk islam mengembalik' zaman kegemilanganya seperti zaman Rasulullah, Sahabat2 , para Tabi' & tabi'in dulu...ape yg perlu kita lakukan skrg ini adalah terus berusaha @ berusaha tanpa henti & tanpa mengira penat & lelah...korbanka'lah ape sajer yg kiter ade demi kemaslahatan umat islam & demi melihat zaman kegemilangan islam kembali memancark' sinarnay di atas muka bumi Allah S.W.T ini...oleh itu where menyeru kpd umat islam terutamanya para mahasiswa & remaja keseluruhanya agar sama menggembeling tenaga utk memastikan cahaya yg sudah dapat kita lihat sinarnya sekarang ini walaupun samar akan terus bersinar dengn lebih terang utk menerangi segenap sudut hati umat islam di akhir zaman ini....walau ape2 pun pade where konvensyen mmp ini mmg bnyak membuka minda & pemikiran where tentg masyarakt di luar sane....




Sunday, April 12, 2009

>>>Yang Tercicir<<<


Entah kenapa hari ini where terasa untuk menulis sesuatu bagi meleraikan pertanyaan sahabat2 mengenai perkataan ‘yang tercicir’…. ??.. sebenarnya perkataan ini sebagai satu simbolik utk menyatakan apa yg where rasa selama ini selepas ketinggalan dlm proses membentuk siasah diri where… semuanya berpunce dari kesilapan diri where yg dha’if ini… serangan wabak malas & suka bertangguh dlm diri where…di tambah pula dengan virus kesempitan waktu sebagai pelajar KAED..serangan wabak & virus ini lah yg m’jadi punca kenapa where mula ketinggalan @ tercicir dari sahabat2 yg mempunyai siasah diri yg hebat… hari makin hari where makin jauh dari sahabat2 yg boleh mimbimbing where…yang ada hanyalah sahabat2 utk where menghabiskan perjuangan sebagai pelajar KAED..tapi where masih belum menemui sahabat2 utk where menghabiskan perjuangan sebagai hamba Allah....tapi kini where ditakdirk’ bersama2 semula dengan sahabat2 yg where rasa boleh memimpin diri where mencari redha Allah…harapan ini lah where letak sejak bergelar salah seorang dari SRC ini…bukan nama & pangkat yang where kejar.. tapi disebalik kemenangan dlm pillihan raya kampus baru2 ini where sangat2 berharap agar dapt bersama dengan sahabat2 yg hebat dari segi akhlak& ilmu agama… sebab where teringat satu kata2 cuma where tak pasti samada ianya hadith @ kata2 hukama’..yg berbunyi ‘ sahabat2 seperti dua golongan ini iaitu pembuat besi yg mana apabila kita berkawan denganya kita akan terkena percikan api dari besinya & seperti penjual minyak wangi yg mana kita akan terlekat bau wanginya walaupun tidak membelinya’ sahabat2 yg seperti penjual minyak wangi ini lah yg where cari selama ini..yg mana where harap dapat pimpinan & bimbingan dari sahabat2.. setinggi-tinggi kesyukuran where panjatkan ke hadrat Illahi kerana pertemukan kembali where dengan sahabat2 yg hebat ini..terasa lemah & dha’if apabila bersama2 mereka..tapi where harap “wangian” dari “minyak wangi” mereke boleh juga melekat pada where walaupun tidak sekuat “wangian” mereka….kerana dengan “wangian2” inilah yg mampu mengembalik’ where ke atas landasan yg betul….sudah lama where tercicir & tersasar where harap benar sahabat2 boleh menghulurkan tangan & menarik where kembali bersama2 kalian utk menyambung perjuangan yg telah di mulakan oleh Rasulullah S.A.W ini…tolong lah wahai sahabat2…
Sehingga kini where masih lagi m’cari seorang sahabat yg boleh where jadikan tempat utk where berkongsi masalah where…& sahabat yg boleh menegur where sekiranya where melakukan kesilapan …where tahu mungkin where ni tak pandai utk b’mu’amalat dengan sahabat2 sebab tu lah mungkin sampai sekarang where tak ada sahabat karib yg boleh berkongsi suka & duka …tapi where masih berharap satu hari nanti where akan bertemu dengan seorang sahabat karib dunia & akhirat…sesetengah org sahabat karib mereka adalah keluarga mereka tapi….keluarga where bukan kawan karib where…where jarang berkongsi masalah dengan mereka…tak tahu lah..mungkin dari kecil where dididik utk tidak mengadu masalah pada mereka…where sepeti hidup seorang diri atas muka bumi ini jauh dari keluarag jauh dari sahabat2….kadang2 where rasa sedih kenapa tak ada org nak dekat dengan where…klu ada pun sahabat yg biasa je….@ mungkin where tak biasa kongsi masalah dengan org lain ..apa2 pun where simpan sorg2 je…nasib baik lah Allah ada utk where mengadu segala masalah where…tapi kadang2 where terpisah jauh dari Allah… enatah lah…where masih belum ketemu jawapanyaq..where harap sahabat2 boleh membimbing where utk mencari jawapan atas kesulitan yg where hadapi ini…tolong lah wahai sahabat2…
Where rasa sampai di sini dulu utk kali ini ..where harap sahabat2 faham maksud disebalik perkatan “yang tercicir”..minta maaf sekiranya ayat2 dlm tulisan ini bisa membuat sahabat2 keliru..sebab where tak pandai sangat menulis ni..baru je nak berjinak2…maklumla budak KAED tak pandai sangat menulis ni…melukis pandai la....huhuhu…& where harapkan juga penulisan ini boleh dijadikan satu medium utk where luahkan apa yg terbuku dl hati where…minta maaf sekali lagi sekiranya ada tersalah kata & terkasar bahasa…sekian wassalam..dari yang tercicir “whereisme”…..=)…

Friday, April 10, 2009

BARISAN SRC 08/09


designed by : Whereisme

Sunday, April 5, 2009

good luck sahabat2


Salam perjuangan utk semua sahabat yang mengenali diri ini...sesungguhnya diri ku ini baru sahaja berjinak dalam penulisan blog ini sekiranya ada salah & kesilapan tanpa segan & silu silalah tegur diri ku ini... WHERISME adalah pendekatan yang cuba diriku bawa untuk sahabat-sahabat mengenali diriku yang tercicir ini....sekian sedikit permulaan tentang dari diriku...yang tercicir...WHERE

N i a t

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa
tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) �� باب قوله ) hadis nombor 1908).
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais
2) Kenapa niat penting :
untuk bezakan ibadat dengan adat.
untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah :
tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat.
haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).
4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).
5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:
Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas
matahari …..(hadis nazar seorang lelaki)
Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.
Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/
tidak melampau/ menepati syariat.
Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak
makan - berdosa.
Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah
walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana
dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.